Categories
Blog

AYAT SUCI AL QURAN YANG MERAWAT KANSER

Firman Allah didalam Al Quran

“Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman….” (Al Israa’ 82)

Konsep perubatan menggunakan ayat-ayat suci Al Quran ini adalah ibadah. Justeru tiap amalan perubatan ini adalah bersandarkan amalan ibadah serta doa dan munajat. Konsep inilah yang akan menghasilkan keputusan “2 in 1”, iaitu disamping mendapat kesembuhan, diri juga akan lebih dekat dengan ALLAH s.w.t.

Ayat-ayat Al Quran yang berfungsi sebagai “egen” penyembuh kanser adalah bermula dengan surah Al Mukminun, ayat 91 hingga 100 dan surah Al Hajj, bermula ayat 31 hingga 55.

– Amat bagus boleh diamalkan membaca Surah-surah al Quran ini untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit sendiri dapat membacanya lagi baik.
– Atau Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya. Sama ada diperdengarkan bacaan surah-surah ini bagi mereka yang tidak mampu melakukannya.
– Atau boleh dibacakan pada sebotol air (air mutlak yang bersih lagi suci) seperti air mineral dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser.

Sebenarnya jika kita membaca terjemahan ayat-ayat Al Quran yang, terjemahannya memang tidak ada kena mengena dengan sakit yang sedang dihidapi tersebut atau berkaitan dengan mana-mana proses penyembuhan. Ini kuasa Allah… Akal fikiran kita tidak mampu untuk mengkaji secara ilmiah hubungan antara ayat-ayat ini dengan jenis-jenis kanser yang dihidapi. Namun, inilah mukjizat Al Quran. Hanya ALLAH yang tahu hikmahnya. Apa yang pasti, ramai pesakit yang mengamalkan ayat-ayat ini telahpun menemui jalan keluar dari belenggu kanser dengan izin ALLAH, ada diantara mereka yang telah sembuh dari kanser dan ada juga yang sedang meniti jalan kesembuhan, berkat dari Al Quran, dan dengan Izin dari ALLAH.

By BIOBAYOS.COM

Human BIO Brain Technology

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s