Categories
Blog

18 Cara Untuk Mendapatkan Doa Mustajab

Anda mengalami kesukaran dalam hidup? Apa perlu buat? Bagaimana nak mendapatkan doa mustajab?

Cuba fikirkan keadaan ini. Bayangkan anda telah mencuba pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah hidup.

Anda berusaha dengan mencari jawapan menggunakan akal dan fikiran. Anda cuba menggunakan bermacam-macam kaedah yang dihasilkan oleh manusia lain.

Adakah itu sudah cukup?

Itu sebenarnya adalah ikhtiar anda. Anda sudah berusaha sedaya upaya dengan daya usaha, namun masih belum mencukupi.

Kuasa doa yang menakjubkan

Adakah anda tahu bahawa terdapat satu lagi perkara yang anda perlu lakukan? Sebagai seorang hamba Allah, doa merupakan jalan terakhir yang dipohon kepada Allah untuk membantu anda.

Doa adalah amalan harian sebagai jalan mengingati Allah S.W.T. 

Tidak kira apa sahaja keadaan; senang, susah, bingung, atau apa sahaja, anda perlu berdoa sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Anas Ibn Malik r.a yang bermaksud:

“Doa itu otak ibadah” (hadis riwayat Tarmizi)

Doa boleh bertindak sebagai manifestasi penyerahan diri seorang hamba kepada Penciptanya. 

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil terlebih dahulu supaya doa anda termakbul.

Menjaga Adab Ketika Berdoa

Doa Mustajab

Memohon doa adalah seperti meminta pertolongan dari pihak berkuasa yang mampu menyelesaikan masalah anda. 

Sama juga ketika memohon kepada Allah Yang Maha Berkuasa, setakat mana doa itu dapat dimakbulkan adalah bergantung kepada perkara-perkara yang perlu dijaga seperti adab, tempat dan waktu mustajab memohon doa. 

Antara tertib berdoa yang berpotensi mendapat perkenan Allah ialah:

  1. Bertaubat kepada Allah S.W.T terlebih dahulu atas segala kesalahan yang telah dilakukan. Boleh mengerjakan solat sunat taubat dan disusuli dengan beristighfar.
  2. Lakukan solat-solat sunat seperti solat tasbih, solat tahajjud dan witir sebelum berdoa.
  3. Tadah tangan ke arah kiblat sambil menghadirkan rasa ikhlas di dalam hati dan bersungguh-sungguh untuk memohon hajat ke hadrat Allah S.W.T
  4. Mulakan doa dengan bertasbih seperti Alhamdulillah atau menyebut nama-nama Allah yang agung. Kemudian berselawat ke atas Rasulullah s.a.w.
  5. Lafazkan permohonan anda dengan rasa rendah diri dan suara yang sederhana kuat.
  6. Berdoalah dengan sepenuh hati. Tanamkan keyakinan dan pengharapan bahawa Allah akan memakbulkan doa anda itu.
  7. Disarankan mengulang-ulang doa tersebut sebanyak tiga kali.
  8. Akhiri doa dengan memohon keselamatan hidup di dunia dan akhirat, diikuti selawat ke atas Rasulullah s.a.w dan memuji Allah S.W.T

Walaupun semua tertib ini diikuti, ia masih belum menjamin doa anda tersebut termakbul sekiranya aspek-aspek lain dalam kehidupan anda tidak dijaga. 

Pastikan makanan yang anda makan, baju yang anda pakai, kereta yang anda bawa dan rumah yang anda diami datang dari sumber rezeki yang halal.

Memilih waktu untuk berdoa juga memainkan peranan yang penting untuk memperoleh doa yang mustajab. 

Antara waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa adalah:

  1. Sepanjang bulan Ramadan terutamanya Lailatul Qadar
  2. Satu pertiga malam iaitu daripada waktu tengah malam sehingga waktu fajar.
  3. Pada hari wuquf di Arafah
  4. Sepanjang hari Jumaat. Ada pendapat ulama’ mengatakan hanya satu waktu sahaja dalam hari Jumaat yang doanya dimakbulkan oleh Allah.
  5. Malam dua hari raya iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha
  6. Setiap kali selepas solat fardhu.
  7. Waktu antara azan dan iqamat
  8. Ketika sujud dalam solat fardhu
  9. Selepas solat Asar.

Anda juga perlu berusaha berdoa pada bila-bila masa dan keadaan selain perlu mematuhi adab berdoa. 

Mungkin doa anda tidak akan ditunaikan dalam masa yang terdekat tetapi anda perlu yakin kepada Allah S.W.T dan sentiasa bersabar memohon doa tersebut.

Bilakah Doa Anda Akan Termakbul?

Doa Mustajab

Sebenarnya, tiada doa yang tidak dimakbulkan oleh Allah S.W.T. 

Kita sebagai makhluk sofistikated yang lemah semestinya memerlukan pertolongan dan bantuan dari Pencipta kita. 

Bila Allah S.W.T akan memakbulkan doa anda, ia adalah hak Allah. 

Kita perlu terus berusaha dan beristiqamah dengan doa anda. Insya-Allah segala apa yang anda hajatkan pasti tertunai.

Demikian adalah serba sedikit tentang cara-cara untuk mendapatkan doa mustajab. Semoga kita mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

By BIOBAYOS.COM

Human BIO Brain Technology

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s