Categories
Blog

22 MUTIARA KATA PILIHAN TERBAIK BERKAITAN DENGAN SOLAT MENURUT PANDANGAN PARA USTAZ

22 MUTIARA KATA PILIHAN TERBAIK BERKAITAN DENGAN SOLAT MENURUT PANDANGAN PARA USTAZ*

🍃1. *” Orang yang tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain. “*
– Ustaz Azhar Idrus

🍃2. *” Orang yang Solat lebih nampak kesalahan diri sendiri daripada kesalahan orang lain. “*
– Ustaz Ismail Al-Bakabi

🍃3. *” Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya. “*
– Ustaz Kazim Elias.

🍃4. *” Penyelesaian kepada krisis keluarga dan masyarakat adalah Solat. Jika Solat baik, maka keluarga dan masyarakat akan baik. “*
– Ustaz Ismail Al-Bakabi

🍃5. *” Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? Jaga solat…Insyallah bahagia…”*
– Ustaz Don Daniyal..

🍃6. *” Utamakan Solat dalam segala hal, sesuai dengan seruan As-Solah sebelum seruan Al-Falah pada laungan azan. “*
– Ustaz Ismail Al-Bakabi

🍃7. *” Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda. “*
– Datuk Ismail Kamus..

🍃8. *” Saf Solat berjamaah adalah sebahagian teknik penyatuan dan kekukuhan Ummah. “*
– Ustaz Ismail Al-Bakabi

🍃9. *” Kalau kita sakit jangan takut untuk solat , at least kalau mati , mati dalam solat. “*
– Ustaz Haslin Baharin..

🍃10. *” Sekira seorang itu tahu pahala berganda, nescaya ia tidak akan tinggal Solat ketika ia sakit. “*
– Ustaz Ismail Al-Bakabi

🍃11. *” Selepas solat jangan tergesa-gesa bangun, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun. ”*
– Al-Habib Ali Zainal..

🍃12. *” Sesibuk mana pun kita, sekurang-kurangnya zikir setelah Solat bacalah Istighfar 3 kali dan Allahumma Antas-Salam…kerana 2 zikir ini datang dalam sebuah Hadits. “*
– Ustaz Ismail Al-Bakabi

🍃13. *” Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.”*
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki..

🍃14. *” Orang yang Solat awasi Al-Wail dan yang membimbangkannya, sebagaimana pengawasan seorang itu kepada Al-Ghaiy, As-Saqr dan lainnya. “*
– Ustaz Ismail Al-Bakabi

🍃15. *” Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya. “*
– Sheikh Abdullah Jahaf…

🍃16. *” Pelihara Solat, Allah pelihara kehidupannya. Abaikan Solat, nescaya Allah abaikan kehidupan dunia dan Akhirat ia akan merana. “*
– Ustaz Ismail Al-Bakabi

🍃17. *” Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang. “*
-Ustaz Dasuki Rani..

🍃18. *” Orang yang tidak Solat, berusaha mengotorkan jiwanya. Orang yang menafikan Solat, berusaha memusnahkan jiwa raganya. “*
– Ustaz Ismail Al-Bakabi

🍃19. *” Jangan cakap:”Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!”Tapi cakap:”Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama-sama ya.InsyaAllah. “*
– TG Harun Din”..

🍃20. *” Solat Berjamaah syi’ar dan sumber kekuatan generasi berjaya. Ayuh..! Tegakkannya seiring Sunnah. “*
– Ustaz Ismail Al-Bakabi

🍃21. *” Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah. “*
– Ustaz Pahrol…

🍃22. *” Kejayaan seorang Muslim bukan banyak rakaat Solatnya, tetapi bergantung kepada KHUSYUKnya. “*
– Ustaz Ismail Al-Bakabi

By BIOBAYOS.COM

Human BIO Brain Technology

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s