16)(DETOX)MENCUCI USUS ATAU SALURAN PENCERNAAN.

Di dalam kehidupan yang serba moden sekarang, banyak sumber asli yang dah tercemar. Dan yang inilah yang masuk ke dalam badan kita melalui makanan, minuman dan udara. Udara yang kita sedut sudah tidak bersih lagi. Makanan dan minuman yang kita ambil, kita fikir ia adalah makanan sihat tetapi sebenarnya ada bahan kimia.

Semua ini akan mengumpulkan toksin di dalam badan kita. Dan ia bukan perkara yang senang untuk membuangnya. Bayangkan, kita sudah hidup berpuluh-puluh tahun. Berapa banyak agaknya toksin dah terkumpul dalam badan kita.

Toksin inilah yang membawa penyakit kepada badan kita samada penyakit biasa maupun penyakit kronik. Jadi untuk kekal sihat dan jauh daripada penyakit, kita perlu membuang toksin yang terkumpul dalam badan kita ni.

Untuk itu, kita perlu melalui satu proses yang dipanggil Detox. Proses ini ialah kita meninggalkan segala tabiat biasa kita memakan makanan yang tercemar dengan bahan kimia.

Untuk proses detox biasanya hanya perlu memakan sayur-sayuran hijau yang tidak tercemar dengan bahan kimia, meminum jus sayuran dan buahan hijau, dan meminum air yang berunsur alkali sahaja. Lebih elok lagi sekiranya proses ini dilakukan di tempat yang tidak tercemar udaranya.

Dengan cara ini, organ dalaman yang selama ini berkerja keras menapis dan mengasingkan toksin daripada makanan yang masuk ke dalam badan akan dapat berehat dan menumpukan kepada pembersihan dalaman badan.

Kenapa perlu detox?

1. Untuk buang Toksin daripada badan

Toksin yang tersimpan dalam badan bertahun-tahun lamanya tu adalah penyebab penyakit. Racun serangga pada sayuran, bahan pewarna pada makanan, bahan kimia pada belas pembungkus makanan adalah antara contoh-contoh toksin yang dibawa masuk ke dalam badan kita.

Bahan-bahan ini akan memberi kesan kepada sistem pertahanan badan dan metabolisme kita menyebabkan penyakit senang hinggap. Jadi ia perlu dibersihkan segera daripada badan kita.

2. Untuk mencegah penyakit kronik

Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Kita tak tau apa akan jadi dengan badan kita. Kita tak tau berapa banyak toksin terkandung di dalam badan kita. Jadi lebih baik kita mengambil langkah untuk membuang toksin sebelum ia menjadi punca kepada penyakit kronik kepada badan kita.

Kebanyakan penyakit kronik tiada tanda sebelum ia datang. Tiba-tiba sahaja ia menyerang. Langkah pencegahan dengan detox ini amat perlu.

3. Meningkatkan sistem imunisasi badan

Sistem imunisasi yang lemah akan mendorong badan kita cenderung untuk mendapat demam dan selsema. Ini akan menjejaskan kualiti kehidupan dan jika berlarutan mungkin akan menjemput penyakit lain pula. Jadi detox secara regular dapat meningkatkan sistem pertahanan badan.

4. Mengurangkan berat badan

Toksin yang terkandung di dalam badan boleh menyebabkan badan kekurangan daya metabolisme. Ini menyebabkan lemak-lemak senang terkumpul dan boleh membawa penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Keupayaan badan untuk membakar lemak menjadi lemah. Dengan detox, ia akan mengeluarkan toksin yang terperangkap di dalam sel lemak. Dan ini sekaligus akan meningkatkan kadar metabolisme badan.

Lagipun dengan makanan detox, tiada lemak dan toksin baru yang akan masuk ke dalam badan.

5. Memperlahankan proses penuaan sebelum waktunya

Dengan detox, badan akan membuang radikal penyebab tua. Ini meningkatkan kebolehan badan menyerap nutrisi yang diperlukan badan termasuk antioksidan dan vitamin yang menolong melawan oxidative stress.

6. Meningkatkan kualiti kehidupan

Dengan badan yang sarat dengan toksin, sudah pasti kehidupan tidak seperti yang diharapkan. Sakit sendi, sakit kepala, tidak hadam makanan, masalah tidur, dan tidak bermaya adalah masalah biasa yang terjadi disebabkan toksin di dalam badan. Ini semua membuatkan kualiti hidup tidak sempurna.

Detox dapat mengelakkannya…!

7. Meningkatkan tenaga

Badan menjadi semakin bertenaga. Tidur nyenyak. Mudah untuk bangun tidur dan mampu melakukan rutin harian dengan sempurna.

8. Kualiti kulit semakin cantik

Me-nyahkan toksin dengan detox menjadikan kulit semakin cantik. Tanpa toksin, penyakit kulit seperti jerawat akan berkurangan. Ia juga akan menguatkan rambut serta kuku. Kulit akan kelihatan segar dan bersinar secara natural.

9. Ketenangan mental dan emosi

Apabila sistem badan telah diselaraskan dengan pembuangan toksin ia akan memberi kesan kepada mental dan emosi kita. Tiada lagi stress. Ini membantu kita membuat sesuatu dengan tenang.

Keputusan yang diambil menjadi lebih bijak, analisa akan menjadi lebih tepat dan kita akan lebih cenderung melihat sesuatu dari sudut yang positif

10. Mengembalikan kestabilan kepada sistem badan.

Sistem penghadaman, sistem saraf, dan sistem hormon telah direka khas untuk bekerjasama membantu badan mencapai kesihatan yang optimum. Inilah yang badan kita mahu lakukan! Tetapi apabila kita bebankan mereka dengan toksin dan makanan yang tidak sihat, sistem ini tidak berfungsi dengan baik seperti yang sepatutnya dan kita jatuh sakit.

Dengan detox, kita akan mengembalikan semula kestabilan kepada sistem badan dan ini akan membolehkan sistem badan berfungsi dengan sempurna.

24 TANDA BADAN ANDA TINGGI TOKSIN. DETOX SEGERA!!! 

1. Badan selalu rasa lemah, letih dan tidak bersemangat. Badan kerap sakit.
>> Mudah rasa mengantuk, tidak bersemangat walaupun baru sahaja memulakan tugas.2. Ada masalah keputihan, faraj berasa gatal dan berbau yang tidak menyenangkan
3. Perut buncit teruk
>> Perut nampak buncit sebab toksin berkumpul dan tidak dikeluarkan. Cuba check perut tu! Perlu detox ke?
4. Mengalami masalah nafas berbau, hidung tersumbat, berkahak dan mudah selsema.
5. Ada masalah rahim – PCOS, Cyst, Fibroid, Endometriosis dan lain-lain6. Mempunyai masalah bau badan yang tidak menyenangkan jika tidak menggunakan deodorant.


7. Kerap merasa kembung, ‘angin’ atau penghadaman tidak baik terutamanya selepas makan.
8. Ada ‘Eye Bag’ atau lingkaran gelap di bawah mata
9. Muka mudah naik Jerawat
>> Toksin yang berlebihan menyebabkan jerawat mudah tumbuh. Jerawat bukan sahaja tumbuh di muka tetapi tumbuh di belakag badan. 
10. Mudah dapat alahan/ alergik, Ekzema atau Psioriasis11. Jarang membuang air besar setiap hari dan ada masalah sembelit
>> Masalah sembelit sering terjadi pada wanita dan lelaki tak kiralah kurus atau berbadan besar. Sembelit menyebabkan toksin berkumpul dalam usus dan menyebabkan kegagalan untuk membuang setiap hari. 12. Sukar turun berat badan walaupun sudah mengamalkan diet
>> Ini menunjukkan di dalam badan kita mempunyai banyak toksin dan detox diperlukan untuk menyingkirkan toksin dalam badan.

13. Sukar untuk hamil
14. Sering mengalami masalah bengkak/ sembab
15. Seorang perokok tegar
16. Selalu terdedah dengan asap rokok
17. Berselera makan yang kuat
18. Selalu mengidam makanan yang manis19. Kitaran haid tidak teratur
20. Mempunyai masalah kencing tidak lawas.
>> Kalau terbatuk, akan terkencing sekali
21. Sering mengalami sakit kepala dan migrain

22. Kulit nampak kusam dan lebih tua dari usia sebenar. Kedutan halus mula nampak.
23. Sudah ada penyakit kronik iaitu Kencing Manis, Darah Tinggi, Kanser dan Kolesterol
24. Sukar tidur malam, Insomnia, mata gelap, mata merah 
>> Mata sukar nak dilelapkan dan mengakibatkan kesukaran untuk tidur malam .


FAEDAH BER’DETOX’ Apa pula faedah yang kita dapat bila kita buat Detox?

1. Bantu menurunkan berat badan
2. Bantu mengawal selera makan
3. Bantu mencantikkan kulit
4. Menjadikan nafas lebih segar
5. Bantu untuk pemikiran yang lebih fokus.

Tahukah Anda Formula PrimaHerbs Haritaki Plus Sangat Berkesan Melakukan Proses ‘Detox’, Mencuci Usus & Menyah Toxin Serta Memperbaiki Keseluruhan Sel Secara Natural & Pantas.

Formula Primaherbs Haritaki Plus dihasilkan dari 2 bahan hebat yang dikenali sebagai T.Chibula (Mother Of Herbs) dan sejenis alga Athospira SP (King Of Food) yang terbukti secara saintifik mengandungi nutrien dan makanan paling lengkap untuk sel.

Kajian yang bermula pada tahun 2000 menggabungkan 2 bahan utama ini berjaya menghasilkan penemuan hebat membantu pemulihan lebih dari 41 penyakit ,meningkatkan tahap kesihatan,mengekalkan kecergasan manusia ,membuang toxin dan kolesterol serta menstabilkan hormon.Sangat berkesan membantu proses ‘Detox’ dan memulihkan masalah dalaman manusia.


BAHAN 1:
Terminalia chebula Retz. (Combretaceae) adalah pokok bersaiz sederhana yang tumbuh di alam liar di seluruh India. T. chebula telah banyak digunakan dalam perubatan Ayurveda, Unani, dan homoeopati. Buah ini telah digunakan sebagai ubat tradisional untuk ‘home remedy’terhadap pelbagai penyakit manusia sejak ratusan tahun dulu.

Banyak kajian dan journal terutamanya dari perubatan Ayurvedic membuktikan keberkesanan herba ini dalam menangani masalah kesihatan manusia termasuk berbagai penyakit yang disebabkan oleh serangan bakteria,virus dan fungal.Kajian juga membuktikan ia membantu merencat sel abnormal yang berkembang sebagai fibroid,ketumbuhan atau kanser dan berupaya mengawal gula dalam darah dan menyahtoksin racun /toksik dalam badan serta megeluarkan kolesterol dari tubuh manusia.

Herba ini mendapat tumpuan para penyelidik kerana khasiat perubatannya yang mengandungi anti-oxidant,antibacterial,antifungal,anti-neoplastik,anti-viral,antidiabetic,anti inflammatory,cardio protective,immunomodulatory dan banyak lagi.(rujuk formula 1 KLIK SINI)Terdapat lebih 116 artikel/journal antarabangsa hasil penyelidikan berbagai Agensi di dunia.Namun fokus PrimaHerbs adalah kepada bio-efficacy dan phyto-pharmacological serta pemulihan sel.

BAHAN 2:

Athospira SP/ Spirulina (Folium)

Primaherbs mengandungi Spirulina yang merupakan organisma ringkas dan bersel tunggal yang mendapat nama daripada perkataan Latin iaitu ‘helix’ atau ‘lingkaran’ kerana ciri fizikalnya seperti satu lingkaran. Nama saintifiknya ialah Arthrospira Platensis dan tergolong dalam kelompok cyanobakteria.

Dipercayai sebagai tumbuhan hidup yang tertua di bumi, sudah wujud selama 3.6 bilion tahun. Alga biru-hijau ini diiktiraf secara global sebagai makanan semula jadi yang terunggul.

1. Kaya dengan Kepelbagaian Nutrisi dalam Nisbah yang Seimbang

Badan manusia memerlukan lebih daripada 60 jenis zat nutrien dari pemakanan harian untuk berfungsi secara optimum. Kekurangan salah satu zat nutrien mungkin akan menghadkan penyerapan zat nutrien penting lain. Dalam jangka panjang, ini akan menyebabkan ceraian rantaian nutrisi dalam badan.

Spirulina Organik kaya dengan 5 nutrisi utama seperti: protein, karbohidrat, asid lemak perlu, vitamin dan mineral serta lain-lain zat nutrien.

Ia juga mempunyai nisbah zat nutrien perlu yang seimbang untuk memaksimumkan penyerapan, menjadikannya salah satu suplemen yang paling seimbang dan lengkap di pasaran kini.

2. Nutrien Berkepekatan Tinggi

Spirulina Organik bukan sahaja mengandungi nutrien yang berbagai-bagai, ia juga mempunyai 6 nutrien komprehensif utama.

3. Alkali sepenuhnya

Keadaan badan yang beralkali mampu meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit dan membantu mengekalkan kesihatan selular. Justeru, kita perlu mengambil lebih banyak makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan susu. Tetapi tahukah anda bahawa Spirulina Organik merupakan salah sejenis makanan yang paling beralkali?

4. Sumber Protein yang Tinggi dan Lengkap

Spirulina Organik mempunyai kandungan protein tertinggi berbanding makanan lain iaitu setinggi 70%. Spirulina Organik juga merupakan sumber protein yang paling senang dicerna, yakni 12 kali lebih banyak protein boleh guna berbanding daging!

Tambahan pula, kandungan proteinnya sangat lengkap dengan 8 jenis asid amino perlu dan berbeza sekali dengan makanan lain berasaskan tumbuhan yang kekurangan satu atau lebih asid amino tertentu. Ianya juga bebas daripada kolesterol, hormon pertumbuhan, antibiotik dan lemak tepu.

5. Tinggi Kandungan Antioksida

Spirulina Organik mempunyai keupayaan antioksida yang berkesan disebabkan tinggi kandungan SOD (Super Oxide Dismutase), sejenis nutrien anti-penuaan yang sangat berkesan.

6. Amat Senang Dicerna dan Diserap

Sebagai sejenis makanan sel tunggal dengan dinding sel yang lembut (membran nipis) yang diperbuat daripada gula kompleks, enzim dan protein, Spirulina Organik amat senang dicerna dan diserap berbanding sayur-sayuran, buah-buahan dan alga serta klorela. Ciri-ciri ini membuatkan Spirulina Organik amat sesuai untuk individu yang mempunyai masalah pencernaan yang tidak baik seperti kanak-kanak dan warga emas.

Herbs medicine (Perubatan Herba) ini melalui proses ujian yang rumit dan terbukti berkesan dan diiktiraf serta diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).

1)Anda boleh melihat testimoni pengguna dengan klik disini.TESTIMONI

2)Cara penggunaan / pengambilan klik sini: CARA GUNA

3)Khasiat lain berkaitan Formula Primaherbs Haritaki Plus klik sini: FORMULA1 FORMULA2

Puluhan ribu pengguna dari seluruh dunia telah menggunakan Primaherbs Haritaki Plus.Mereka sangat berpuas hati dan ternyata sangat berkesan.Lebih menarik formula ini 100% natural,tiada bahan kimia,tiada steroid,tiada kesan sampingan malah pengguna mendapat nilai tambah yang luar biasa selain merawat masalah / penyakit utama mereka.

Secara keseluruhan Primaherbs Haritaki Plus dengan kandungan bahannya yang luar biasa dan diiktiraf dunia terbukti mampu membekalkan nutrien dan makanan sel yang lengkap.Kondisi ini sangat membantu sel untuk pulih atau terbina secara normal dan sihat seterusnya merencat gejala penyakit yang terhasil akibat gangguan atau kerosakan pada sel yang merupakan asas kepada binaan fizikal/tubuh manusia.T.Chibula yang berperanan sebagai perencat atau bahan aktif semulajadi menjadi pelengkap terbaik formula Primaherbs Haritaki Plus.Manafaat formula ini sangat luar biasa dan merupakan antara pilihan terbaik yang perlu diambil bagi mencegah dan merawat penyakit ,mengekalkan /meningkatkan kecergasan dan mengeluarkan toxin / kolesterol bahaya dari tubuh.Ramai yang telah mencuba Primaherbs sangat kagum dan merasai kelainannya, merasa lebih sihat dan menikmati hidup mereka dengan gembira.Anda pula bagaimana?

(Rujuk bahagian KHASIAT FORMULA 1 / FORMULA 2)