12)MEMBANTU MENORMALKAN SALURAN PERANAKAN (UTERUS)

Salah satu masalah utama yang sering berlaku di saluran peranakan ialah endometriosis.Secara saintifik, endometriosis adalah salah satu punca lazim yang boleh menyebabkan ketidaksuburan dalam kalangan wanita. Ia dikatakan berlaku ke atas tujuh peratus daripada wanita dalam lingkungan usia 18 hingga 35 tahun dan menjadi sebab utama mengapa wanita gagal hamil.

Endometriosis membawa maksud selaput rahim yang tumbuh di luar rahim iaitu pada usus, pundi kencing, salur kencing, tiub fallopia dan bahagian lain di luar kawasan pelvik.

Ia berlaku apabila selaput endometrium menebal dan berdarah sewaktu kitaran haid, tetapi ia tidak mengalir keluar daripada tubuh. Ini boleh mengakibatkan inflamasi tisu di sekelilingnya dan seterusnya penghasilan tisu parut. Apabila ini terjadi, kilang telur mula membengkak dan darah kotor terkumpul di dalamnya manakala saluran peranakan juga boleh rosak dan tersumbat.

Tambahnya, endometrium ini juga boleh tumbuh dengan saiz luar biasa pada dinding dan otot rahim menyebabkan dinding rahim menjadi besar dan membengkak. Namun, bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat yang luar biasa, tidak diketahui dengan tepat.

Ada beberapa teori yang cuba menjelaskan bagaimana keadaan ini berlaku seperti kemungkinan darah kotor tumpah ke belakang rahim melalui tiub fallopia. Mungkin juga disebabkan kedudukan rahim yang tidak normal iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongkeng.

“Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan pesakit yang memiliki rahim yang menghadap ke hadapan jarang mendapat endometriosis. Ada juga menyatakan bahawa tisu endometrium ini dibawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar ,” jelasnya.

Terdapat beberapa tanda seseorang itu mengalami endometriosis iaitu sakit pada bahagian pelvik dan ia kerap terjadi sebelum kitaran haid bermula, sakit juga kerap terasa semasa melakukan hubungan seks dan ketika membuang air kecil atau besar.

“Bagaimanapun, kekerapan dan intensiti rasa sakit sebenarnya tidak berkait dengan tahap serius penyakit yang dialami. Sesetengah wanita mungkin mengalami sakit yang keterlaluan, tetapi endometriosis mungkin masih dalam peringkat awal. Ada juga wanita yang tiada gejala atau sakit yang ringan, tetapi endometriosisnya sudah berada pada tahap teruk.

“Namun dalam kebanyakan kes, endometriosis gagal didiagnos pada peringkat awal sehinggalah wanita bertemu doktor disebabkan kegagalan untuk hamil. Ini kerana kebanyakan pesakit tidak mempunyai sebarang tanda dan gejala,” katanya.

Dalam keadaan normal, lapisan endometrium cuma ada pada dinding rahim saja manakala bagi kes endometriosis, lapisan tisu ini akan dijumpai pada kawasan badan yang lain terutama di dalam pelvis seperti ovari, tiub fallopia, di permukaan rahim, di ruangan pelvis, sekitar usus, rektum dan pundi kencing. Ia boleh juga dijumpai di bahagian yang lebih jauh pada tubuh termasuk paru-paru dan hati, tetapi ini sangat jarang berlaku.

“Walaupun tisu endometrium berada di luar kawasan yang tidak sepatutnya, ia masih responsif terhadap perubahan hormon semasa kitaran haid seperti mana haid, tisu endometriosis akan gugur dan berdarah, dengan cara yang sama dengan dinding rahim gugur dan berdarah semasa kitaran haid.

Pendarahan ini boleh menyebabkan rasa sakit terutama sebelum dan semasa haid. Tisu yang gugur dan berdarah di sekitar organ pelvis akan menyebabkan parut dan organ lain yang berhampiran akan melekat antara satu sama lain.Sekiranya tidak dikesan lebih awal dan tiada rawatan diberikan, ini akan menyebabkan struktur organ di pelvis beralih dari kedudukan asal.

Sebagai contoh yang paling kerap berlaku, apabila ovari melekat pada uterus ia akan menyebabkan tiub fallopia berjauhan dari ovari. Sekiranya berlaku ovulasi, telur tidak akan dapat dicapai oleh tiub fallopia dan persenyawaan tidak akan berlaku.

Dalam kes yang lebih serius, kerosakan mendalam pada tiub fallopia menyebabkan ia tersumbat, rosak menyebabkan ketidaksuburan. Ovari yang ditumbuhi endometriosis pula akan mengumpul darah semasa kitaran haid dan berlakulah sista ovari yang mengandungi darah iaitu seakan-akan seperti coklat cair di dalamnya.

Ovari yang diselaputi endometriosis tidak dapat lagi berfungsi dengan normal dan gagal melepaskan telur disebabkan follikel terperangkap oleh parut pada permukaan ovari. Ini akan mengurangkan tahap kesuburan wanita dan sekiranya mereka boleh mengandung dikhuatiri akan menyebabkan masalah keguguran.

Rawatan Endometriosis (Perubatan Moden)

Rawatan endometriosis bergantung kepada umur pesakit, simptom yang dihidapi dan sama ada pesakit itu masih mahu mengandung atau sebaliknya. Jika tujuan mendapatkan rawatan adalah untuk mengandung, doktor akan memeriksa bahagian peranakan dan membetulkannya.

Secara amnya rawatan boleh dibahagikan kepada konservatif, ubatan hormon dan pembedahan. Kaedah konservatif bersesuaian untuk pesakit yang menghidapi hanya pada tahap ringan dengan simptom yang sedikit.

Ubat hormon pula sesuai diberikan untuk wanita yang mengalami senggugut yang teruk atau hormon tidak seimbang. Ini kerana lapisan endometrium yang ektopik boleh dikawal menerusi cara menyekat tahap hormon estrogen dan progesteron di dalam tubuh pesakit.

Untuk itu, hormon seperti pil perancang, progesteron dan Gonadotrophin-Releasing hormone (GnRH analog) dapat diberikan sebagai rawatan endometriosis. Hormon ini biasanya diberikan selama beberapa bulan untuk memastikan sebanyak mungkin lapisan ektopik endometriosis dapat dikurangkan.

Biasanya doktor akan mengambil sejarah perubatan pesakit secara terperinci dan melakukan pemeriksaan fizikal, termasuk di bahagian faraj. Jika doktor mengesyaki kemungkinan wanita itu mengalami endometriosis, doktor menyarankan pembedahan laparoskopi dijalankan untuk melihat bahagian dalam ruang pelvis. Jika endometriosis dijumpai, doktor akan menentukan tahap endometriosis dan kerosakan yang berlaku.

Diagnosis yang tepat hanya boleh dilakukan melalui pembedahan laparoskopi diagnostik iaitu menerusi kamera yang dimasukkan melalui tebukan kecil di pusat pesakit. Melalui kamera doktor boleh memeriksa keadaan organ dalaman terutama rahim, kilang telur dan saluran peranakan.

Bagaimanapun, pesakit harus sedar proses yang menyebabkan endometrisis masih lagi berlaku dan akan berterusan sepanjang hidup selagi wanita mempunyai haid. Jadi risiko untuk mendapatkan penyakit ini semula adalah tinggi.

Rawatan ubat saja mungkin boleh menghilangkan rasa sakit, tetapi tidak akan menghalang endometriosis daripada merebak. Rawatan hormon pula boleh mempengaruhi kesuburan dan tidak sesuai untuk diberikan kepada mereka yang merancang untuk hamil.

Oleh itu dalam banyak kes endometriosis, pembedahan menjadi pilihan utama dan biasanya dilakukan melalui laparoskopi. Semasa laparoskopi, tisu endometriosis dimusnahkan atau dibuang dan tisu yang baru terjadi akan dibakar menggunakan alat khas.

Beberapa penyelidikan menunjukkan kadar kehamilan selepas pembedahan untuk wanita yang mengalami endometriosis adalah setinggi 47 peratus. Kepada mereka yang menghidap endometriosis yang serius, kadar kehamilan adalah sekitar 38 peratus. Walaupun angkanya tidaklah begitu tinggi, tetapi ia jauh lebih baik daripada kadar kehamilan tanpa sebarang rawatan pembedahan.

Pemakanan yang perlu dielakkan atau dikurangkan untuk pesakit endometriosis

Makanan mengandungi gandum. Ada kajian menyatakan gandum boleh menyebabkan inflamasi dan mengurangkan penyerapan galian penting seperti zink dan zat besi seperti roti putih, kek, pasta dan snek ringan yang mengandungi gandum.

Gula terutama gula yang diproses boleh menyebabkan hormon insulin berlebihan yang seterusnya mengganggu proses ovulasi.

– Marjerin.

Kafein boleh menyebabkan paras gula di dalam darah terganggu.

Produk Tenusu. Ia juga mempunyai elemen yang boleh meningkatkan inflamasi di dalam badan.

Daging merah. Banyakkan pengambilan daging putih (seperti ayam) dan yang organik.

Soya kerana ia mempunyai kandungan fito-estrogen yang tinggi terutamanya susu soya dan tofu.

Makanan berlemak.

Pemakanan yang digalakkan

Banyakkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan segar yang mengandungi zat galian penting. Brokoli boleh merendahkan paras hormon estrogen yang berlebihan di dalam badan.

-Kekacang. Contoh kacang badam dan walnut.

– Oat yang organik yang kaya dengan zat galian dan mineral.

– Makanan berserat.

– Beras atau pasta perang.

– Beri goji – antioksidan yang bagus dan juga boleh meningkatkan kualiti telur yang dihasilkan.

– Lemak berkhasiat seperti asid lemak omega-3, avokado dan minyak zaitun.

– Minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

Kaedah Rawatan Pilihan (Medical Option / Herbs Medicine)PrimaHerbs Haritaki Plus

Formula Primaherbs Haritaki Plus terbukti membantu mengurangkan dan membantu merencat masalah ini serta meyuburkan kembali saluran peranakan.

Kajian yang bermula pada tahun 2000 menggabungkan 2 bahan utama iaitu Athospira SP (Spirulina /sejenis alga) dan Terminilia Chibula (Sejenis herba)yang dipanggil ‘Mother Of Herbs’ oleh para saintis berjaya menghasilkan penemuan hebat membantu pemulihan banyak penyakit manusia termasuk di saluran peranakan termasuk mempercepatkan proses pemulihan luka wanita selepas bersalin.


BAHAN 1:
Terminalia chebula Retz. (Combretaceae) adalah pokok bersaiz sederhana yang tumbuh di alam liar di seluruh India. T. chebula telah banyak digunakan dalam perubatan Ayurveda, Unani, dan homoeopati. Buah ini telah digunakan sebagai ubat tradisional untuk ‘home remedy’terhadap pelbagai penyakit manusia.

Banyak kajian dan journal terutamanya dari perubatan Ayurvedic membuktikan keberkesanan herba ini dalam menangani masalah salur peranakan (termasuk ketumbuhan / fibroid) malah telah digunakan sejak ratusan tahun dahulu.

Herba ini mendapat tumpuan para penyelidik kerana khasiat perubatannya yang mengandungi anti-oxidant,antibacterial,antifungal,anti-neoplastik,anti-viral,antidiabetic,anti inflammatory,cardio protective,immunomodulatory dan banyak lagi.(rujuk formula 1 KLIK SINI)Terdapat lebih 116 artikel/journal antarabangsa hasil penyelidikan berbagai Agensi di dunia.Namun fokus PrimaHerbs adalah kepada bio-efficacy dan phyto-pharmacological

BAHAN 2:

Athospira SP/ Spirulina (Folium)

Primaherbs mengandungi Spirulina yang merupkan organisma yang ringkas dan bersel tunggal yang mendapat nama daripada perkataan Latin iaitu ‘helix’ atau ‘lingkaran’ kerana ciri fizikalnya seperti satu lingkaran. Nama saintifiknya ialah Arthrospira Platensis dan tergolong dalam kelompok cyanobakteria.

Dipercayai sebagai tumbuhan hidup yang tertua di bumi, sudah wujud selama 3.6 bilion tahun. Alga biru-hijau ini diiktiraf secara global sebagai makanan semula jadi yang terunggul.

1. Kaya dengan Kepelbagaian Nutrisi dalam Nisbah yang Seimbang

Badan manusia memerlukan lebih daripada 60 jenis zat nutrien dari pemakanan harian untuk berfungsi secara optimum. Kekurangan salah satu zat nutrien mungkin akan menghadkan penyerapan zat nutrien penting lain. Dalam jangka panjang, ini akan menyebabkan ceraian rantaian nutrisi dalam badan.

Spirulina Organik kaya dengan 5 nutrisi utama seperti: protein, karbohidrat, asid lemak perlu, vitamin dan mineral serta lain-lain zat nutrien.

Ia juga mempunyai nisbah zat nutrien perlu yang seimbang untuk memaksimumkan penyerapan, menjadikannya salah satu suplemen yang paling seimbang dan lengkap di pasaran kini.

2. Nutrien Berkepekatan Tinggi

Spirulina Organik bukan sahaja mengandungi nutrien yang berbagai-bagai, ia juga mempunyai 6 nutrien komprehensif utama.

3. Alkali sepenuhnya

Keadaan badan yang beralkali mampu meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit dan membantu mengekalkan kesihatan selular. Justeru, kita perlu mengambil lebih banyak makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan susu. Tetapi tahukah anda bahawa Spirulina Organik merupakan salah sejenis makanan yang paling beralkali?

4. Sumber Protein yang Tinggi dan Lengkap

Spirulina Organik mempunyai kandungan protein tertinggi berbanding makanan lain iaitu setinggi 70%. Spirulina Organik juga merupakan sumber protein yang paling senang dicerna, yakni 12 kali lebih banyak protein boleh guna berbanding daging!

Tambahan pula, kandungan proteinnya sangat lengkap dengan 8 jenis asid amino perlu dan berbeza sekali dengan makanan lain berasaskan tumbuhan yang kekurangan satu atau lebih asid amino tertentu. Ianya juga bebas daripada kolesterol, hormon pertumbuhan, antibiotik dan lemak tepu.

5. Tinggi Kandungan Antioksida

Spirulina Organik mempunyai keupayaan antioksida yang berkesan disebabkan tinggi kandungan SOD (Super Oxide Dismutase), sejenis nutrien anti-penuaan yang sangat berkesan.

6. Amat Senang Dicerna dan Diserap

Sebagai sejenis makanan sel tunggal dengan dinding sel yang lembut (membran nipis) yang diperbuat daripada gula kompleks, enzim dan protein, Spirulina Organik amat senang dicerna dan diserap berbanding sayur-sayuran, buah-buahan dan alga serta klorela. Ciri-ciri ini membuatkan Spirulina Organik amat sesuai untuk individu yang mempunyai masalah pencernaan yang tidak baik seperti kanak-kanak dan warga emas.

KESIMPULAN:
Penemuan ini menunjukkan bahawa ekstrak hidro alkohol buah T. chebula menunjukkan keupayaan dalam mengawal,mengurangkan dan membantu memulihkan masalah disebabkan Sengugut (Dysmenhorea). Malah formula Primaherbs Haritaki Plus mengandungi Athospira SP (sejenis alga) yang merupakan super food yang memberi makanan lengkap kepada sel dan mampu memulihkan sel-sel yang rosak dalam tubuh .Gabungan dengan Terminilia Chibula pada aras melebihi 70% menghasilkan keajaiban yang luar biasa dalam membantu mengawal dan merencat symptom/kesan akibat Sengugut(Dysmenorrhea).

Ribuan pengguna / pesakkit yang mengalami masalah Sengugut (Dismenorrhea) mengakui keberkesanan formula ini.Mereka berasa lebih sihat,cergas,tenang dan yang paling penting ialah tiada/kurang kesakitan semasa haid(pheriod).Walaubagaimanapun wanita mengandung dilarang sama sekali menggunakannya.

Herbs medicine (Perubatan Herba) ini melalui proses ujian yang rumit dan terbukti berkesan dan diiktiraf serta diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).

1)Anda boleh melihat testimoni pengguna dengan klik disini.TESTIMONI

2)Cara penggunaan / pengambilan klik sini: CARA GUNA

3)Khasiat lain berkaitan Formula Primaherbs Haritaki Plus klik sini: FORMULA1 FORMULA2

Puluhan ribu pengguna dari seluruh dunia telah menggunakan Primaherbs Haritaki Plus.Mereka sangat berpuas hati dan ternyata sangat berkesan.Lebih menarik formula ini 100% natural,tiada bahan kimia,tiada steroid,tiada kesan sampingan malah pengguna mendapat nilai tambah yang luar biasa selain merawat masalah / penyakit utama mereka.

Bagi masalah saluran peranakan formula ini lebih kepada fungsi membaiki sel dan merencat sel abnormal,mempercepatkan pemulihan sel (luka/rosak).Kandungan alga yang 100% alkali dalam formula ini membantu meneutralkan tubuh manusia terutama bagi wanita yang mempunyai masalah keasidan yang tinggi terutama di bahagian salur peranakan .Turut berupaya (T.Chibula & Athospira) menormalkan masalah hormon tidak stabil.Banyak lagi khasiat yang membantu (Rujuk bahagian KHASIAT & FORMULA 1 / FORMULA 2)

Formula Primaherbs terbukti sangat membantu, namun dalam masa yang sama anda digalakkan/disyorkan berjumpa Doktor untuk pemeriksaan teliti bagi mengenalpasti tahap sebanar masalah @ penyakit anda.

Primaherbs Ternyata Bukan Sekadar Herba.