10)DARAH TINGGI (HIPERTENSION)

Apakah maksud Darah Tinggi @ Hipertensi

Hipertensi atau tekanan darah tinggi merupakan salah satu risiko kepada penyakit jantung, angin ahmar atau strok, masalah buah pinggang dan pembuluh darah. Diagnosis tekanan darah tinggi diberikan mengikut julat tekanan darah seseorang yang telah dipantau sekurang – kurangnya selama 24 jam dengan purata bacaan tekanan darah melebihi bacaan julat normal. Julat bacaan tekanan darah yang normal sebelum ini adalah 120/80 mmHg dan definisi hipertensi ialah tekanan darah melebihi 140/90 mmHg. Manakala bacaan kurang dari 140/90 mmHg tetapi melebihi 120/80 mmHg dikategorikan sebagai tekanan darah meningkat atau (Elevated blood pressure).

Hipertensi menurut WHO adalah sebuah keadaan di mana tekanan di dalam pembuluh darah meningkat secara berterusan. Julat bacaan tekanan darah yang baru telah diguna pakai pada masa kini untuk mengklasifikasikan tekanan darah tinggi. Bermula tahun 2018, berikut merupakan julat bacaan yang digunakan sebagai ciri ciri tekanan darah tinggi adalah seperti berikut:

Tekanan darah normal:

– Tekanan sistolik < 120 mmHg

– Tekanan diastolik < 80 mHg

Tekanan darah meningkat (Elevated blood pressure):

 – Tekanan sistolik 120-129 mmHg

– Tekanan diastolik < 80 mmHg

Hipertensi Tahap 1:

– Tekanan sistolik 130-139 mmHg

– Tekanan diastolik 80-89 mmHg

Hipertensi Tahap 2:

– Tekanan sistolik >140 mmHg

– Tekanan diastolik > 90 mmHg

Krisis Hipertensi:

 – Tekanan sistolik > 180 mmHg

– Tekanan diastolik > 120 mmHg

 Tanda-tanda Hipertensi

Pesakit yang menghidap masalah ini selalunya tidak mempunyai tanda dan gejala hipertensi yang spesifik melainkan apabila seseorang itu mengalami krisis hipertensi.

Sakit kepala merupakan gejala yang sering dikaitan dengan masalah ini, namun begitu ia merupakan gejala yang tidak spesifik kerana biasa dihadapi oleh mereka yang mempunyai tekanan darah normal.

Penghidap tekanan darah tinggi boleh menghadapi gejala yang berkaitan dengan penyebab hipertensi itu sendiri seperti tanda-tanda penyakit pheochromocytoma atau tanda penyakit buah pinggang.

Tanda-tanda juga boleh dilihat sekiranya pesakit telah mengalami kerosakan organ seperti pada mata, buah pinggang, otak, pembuluh darah atau jantung akibat komplikasi tekanan darah tinggi.

Risiko Mendapat Hipertensi

Berikut merupakan ciri-ciri golongan yang berisiko:

  •  Peningkatan umur. Semakin meningkat umur, semakin tinggi risiko peningkatan darah tinggi.
  •  Mengamalkan gaya hidup tidak aktif 
  •  Merokok
  •  Mengalami masalah kegemukan
  •  Mempunyai sejarah penyakit hipertensi dalam keluarga
  •  Pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam
  •  Mempunyai masalah kolesterol tinggi
  •  Mengambil minuman alkohol berlebihan

Apakah Punca Hipertensi

Lebih dari 90% masalah tekanan darah tinggi ini tidak diketahui puncanya dan dikenali sebagai (Essential hypertension).

Bagi 5-10% masalah hipertensi digelar hipertensi sekunder atau (Secondary hypertension). Dalam keadaan ini, tekanan darah tinggi adalah berpunca daripada masalah pada organ lain iaitu:

1) Penyakit buah pinggang – merupakan penyebab dalam kebanyakan kes iaitu hampir 75%.

– Masalah struktur buah pinggang (Intrinsic renal disease)

– Masalah pembuluh darah dalam buah pinggang (Renovascular disease)

2) Penyakit endokrin

– Cushing’s Syndrome

– Conn’s Syndrome

– Pheochromocytoma

– Acromegaly

– Hyperparathyroidism

3) Sebab lain

– (Coarctation of aorta)

– Mengandung

– Ubatan seperti steroid dan pil pencegah kehamilan

Rawatan Hipertensi

Rawatan bagi pesakit yang mengalami masalah hipertensi adalah bergantung kepada umur pesakitnilai julat tekanan darah tinggi pesakit, dan juga sekiranya pesakit mempunyai masalah kesihatan lain. Pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi selalunya turut berpotensi menghidap masalah kencing manis atau diabetes dan juga kolestrol tinggi. Oleh itu, rawatan bagi masalah ini turut akan melibatkan pengurusan kedua-dua penyakit ini.

Secara umumnya, bagi tekanan darah kurang daripada 130 mmHg iaitu pesakit tekanan darah meningkat atau (Elevated blood pressure), meskipun tidak dikira menghidap hipertensi, pesakit akan dinasihatkan agar mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan riadah, makan makanan seimbang, tidak merokok dan dinasihatkan untuk memeriksa semula tekanan darah selepas setahun.

Begitu juga bagi Hipertensi Tahap 1, rawatan tanpa ubat iaitu merubah gaya hidup adalah disyorkan melainkan seseorang pesakit mempunyai risiko penyakit jantung dan strok. Pengambilan makanan yang mempunyai kandungan garam dan kolesterol yang rendah adalah disarankan. Pengurangan berat badan dan mengatasi tekanan dengan baik juga adalah salah satu cara merawat tekanan darah tinggi pada tahap 1.

Bagi Hipertensi Tahap 2, modifikasi gaya hidup ke arah yang lebih sihat serta penggunaan ubat-ubatan untuk mengawal tekanan darah tinggi adalah perlu. Pada tahap ini, pemeriksaan tekanan darah tinggi yang lebih kerap dan pemeriksaan bagi memantau komplikasi yang berpotensi untuk berlaku adalah penting seperti pada penglihatan mata, keadaan jantung dan buah pinggang.

Pesakit-pesakit yang dikenal pasti menghidap atau berisiko menghidap masalah ini adalah disarankan untuk mempunyai mesin memeriksa tekanan darah sendiri untuk memudahkan pemantauan tekanan darah mereka.

Berikut merupakan cara-cara memeriksa tekanan darah tinggi di rumah menggunakan alat pemeriksaan tekanan darah tinggi elektronik. Bacaan tekanan darah mempunyai dua nilai. Nilai di atas adalah bacaan sistolik manakala bacaan diastolik adalah nilai di bawah.

  1. Pastikan anda berada dalam keadaan tenang dan selesa. Seeloknya, periksa tekanan darah anda di tempat yang senyap.
  2. Memakai pakaian yang longgar, dengan lengan pendek atau melipatkan lengan baju sekiranya anda memakai lengan panjang dan elakkan daripada memakai pakaian yang mempunyai kawasan lengan yang ketat
  3. Duduk di kerusi yang terletak bersebelahan dengan meja dan letakkan tangan sambil tapak tangan menghadap ke arah atas, pada permukaan yang separas dengan jantung. Anda boleh menggunakan bantal atau alas bagi meletakkan tangan pada kedudukan ini.
  4. Duduk dengan tegak dan pastikan kaki anda tidak bersilang
  5. Pasang “blood pressure cuff” pada lengan dan ikuti arahan yang diberikan oleh manual mesin pemeriksa tekanan darah tinggi.
  6. Rekodkan bacaan tekanan darah dan bawa rekod tersebut bersama ke klinik semasa pemeriksaan berkala bersama doktor.
  7. Tekanan emosi, merokok, suhu sejuk, bersenam, minuman berkafin dan sesetengah ubat boleh meningkatkan tekanan darah menjadi tinggi. Ambil kira faktor-faktor tersebut apabila anda sedang mengambil bacaan tekanan darah kerana ia boleh mempengaruhi bacaannya.

Cara Mencegah Hipertensi

Seseorang individu yang mempunyai risiko tinggi seperti umur yang meningkat dan mempunyai sejarah penyakit hipertensi dalam keluarga, haruslah mengamalkan langkah-langkah untuk mencegah masalah tekanan darah tinggi ini. Antara langkah-langkah yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:

  • Mengawal berat badan
  • Mengawal pemakanan. Kurangkan pengambilan makanan penyebab hipertensi iaitu yang makanan yang mengandungi garam dan kandungan kolesterol yang tinggi. Sebaliknya lebihkan pengambilan makanan untuk hipertensi seperti yang kaya serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, ambil daging yang rendah lemak, ikan, dan juga produk tenusu. Makanan yang mengandungi potassium juga adalah baik untuk hipertensi seperti pisang.
  • Pastikan pengambilan alkohol dan garam adalah dalam kuantiti yang sederhana
  • Amalkan gaya hidup yang aktif dengan memperbanyakkan aktiviti riadah
  • Berhenti merokok
  • Kurangkan tekanan dan atasi masalah emosi dengan berkesan.
  • Langkah di atas juga boleh dijadikan sebagai tips menurunkan tekanan darah tinggi.

Kaedah Rawatan Pilihan (Medical Option Herbs Medicine)

PrimaHerbs Haritaki Plus

Formula Primaherbs Haritaki Plus terbukti berjaya mengawal dan membantu sepenuhnya proses kawalan dan pemulihan Darah Tinggi / Hipertensi secara natural.

Kajian yang bermula pada tahun 2000 menggabungkan 2 bahan utama iaitu Athospira SP (Spirulina /sejenis alga) dan Terminilia Chibula (Sejenis herba)yang dipanggil ‘Mother Of Herbs’ oleh para saintis berjaya menghasilkan penemuan hebat membantu pemulihan banyak penyakit manusia termasuk masalah krisis Hipertensi (Darah tinggi).


BAHAN 1:
Terminalia chebula Retz. (Combretaceae) adalah pokok bersaiz sederhana yang tumbuh di alam liar di seluruh India. T. chebula telah banyak digunakan dalam perubatan Ayurveda, Unani, dan homoeopati. Buah ini telah digunakan sebagai ubat tradisional untuk ‘home remedy’terhadap pelbagai penyakit manusia.

Hypolipidemic and hypocholesterolemic Activity

Ekstrak chebula T. menunjukkan aktiviti hypolipidemic terhadap athersclerosis uji kaji teraruh & kolesterol yang disebabkan hiperkolesterolemia . Triphala (T. Chebula, T.Belerica, E. Officinalis) didapati mempunyai kesan hypolipidaemic disebabkan hypercholesteremic. Berlaku pengurangan ketara dalam hyper-lipidemia lemak tinggi
diet yang disebabkan hyperlipidemic yang merupakan salah satu dari punca hipertensi.

Retreatment dengan Terminalia chebula juga menghasilkan penurunan kadar glukosa darah dan nisbah berat badan yang signifikan (p <0,01). Secara signifikan mengurangkan aktiviti peningkatan enzim penanda jantung, alanine transaminase (ALT), lactate dehydrogenase (LDH), creatinine kinase (CK-MB) (p <0.01), yang serupa dengan carvedilol ubat standard pada target yang disuntik isoproterenol. Pretreatment dengan Terminalia chebula menunjukkan ketiadaan troponin dan tahap nekrosis, edema, dan degenerasi myofibrillar yang lebih rendah.

Rujukan:https://innovareacademics.in/journals/index.php/ijpps/article/view/7342/6497

BAHAN 2:

Athospira SP/ Spirulina (Folium)

Primaherbs mengandungi Spirulina yang merupkan organisma yang ringkas dan bersel tunggal yang mendapat nama daripada perkataan Latin iaitu ‘helix’ atau ‘lingkaran’ kerana ciri fizikalnya seperti satu lingkaran. Nama saintifiknya ialah Arthrospira Platensis dan tergolong dalam kelompok cyanobakteria.

Dipercayai sebagai tumbuhan hidup yang tertua di bumi, sudah wujud selama 3.6 bilion tahun. Alga biru-hijau ini diiktiraf secara global sebagai makanan semula jadi yang terunggul.

1. Kaya dengan Kepelbagaian Nutrisi dalam Nisbah yang Seimbang

Badan manusia memerlukan lebih daripada 60 jenis zat nutrien dari pemakanan harian untuk berfungsi secara optimum. Kekurangan salah satu zat nutrien mungkin akan menghadkan penyerapan zat nutrien penting lain. Dalam jangka panjang, ini akan menyebabkan ceraian rantaian nutrisi dalam badan.

Spirulina Organik kaya dengan 5 nutrisi utama seperti: protein, karbohidrat, asid lemak perlu, vitamin dan mineral serta lain-lain zat nutrien.

Ia juga mempunyai nisbah zat nutrien perlu yang seimbang untuk memaksimumkan penyerapan, menjadikannya salah satu suplemen yang paling seimbang dan lengkap di pasaran kini.

2. Nutrien Berkepekatan Tinggi

Spirulina Organik bukan sahaja mengandungi nutrien yang berbagai-bagai, ia juga mempunyai 6 nutrien komprehensif utama.

3. Alkali sepenuhnya

Keadaan badan yang beralkali mampu meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit dan membantu mengekalkan kesihatan selular. Justeru, kita perlu mengambil lebih banyak makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan susu. Tetapi tahukah anda bahawa Spirulina Organik merupakan salah sejenis makanan yang paling beralkali?

4. Sumber Protein yang Tinggi dan Lengkap

Spirulina Organik mempunyai kandungan protein tertinggi berbanding makanan lain iaitu setinggi 70%. Spirulina Organik juga merupakan sumber protein yang paling senang dicerna, yakni 12 kali lebih banyak protein boleh guna berbanding daging!

Tambahan pula, kandungan proteinnya sangat lengkap dengan 8 jenis asid amino perlu dan berbeza sekali dengan makanan lain berasaskan tumbuhan yang kekurangan satu atau lebih asid amino tertentu. Ianya juga bebas daripada kolesterol, hormon pertumbuhan, antibiotik dan lemak tepu.

5. Tinggi Kandungan Antioksida

Spirulina Organik mempunyai keupayaan antioksida yang berkesan disebabkan tinggi kandungan SOD (Super Oxide Dismutase), sejenis nutrien anti-penuaan yang sangat berkesan.

6. Amat Senang Dicerna dan Diserap

Sebagai sejenis makanan sel tunggal dengan dinding sel yang lembut (membran nipis) yang diperbuat daripada gula kompleks, enzim dan protein, Spirulina Organik amat senang dicerna dan diserap berbanding sayur-sayuran, buah-buahan dan alga serta klorela. Ciri-ciri ini membuatkan Spirulina Organik amat sesuai untuk individu yang mempunyai masalah pencernaan yang tidak baik seperti kanak-kanak dan warga emas.

KESIMPULAN:
Penemuan ini menunjukkan bahawa ekstrak hidro alkohol buah T. chebula menunjukkan keupayaan dalam mengawal Hipertensi dan menyahkan lemak degil (HDL) serta membantu membersihkan salur darah. Malah formula Primaherbs Haritaki Plus lebih hebat kerana mengandungi Athospira SP (sejenis alga) yang merupakan super food yang memberi makanan lengkap kepada sel dan mampu memulihkan sel-sel yang rosak dalam tubuh .Gabungan dengan Terminilia Chibula pada aras melebihi 70% menghasilkan keajaiban yang luar biasa dalam membantu mengawal dan merencat symptom/kesan akibat Hipertensi.

Ribuan pengguna / pesakit Hipertensi mengakui keberkesanan formula ini.Mereka berasa lebih sihat,cergas dan tenang dalam menjalani kehidupan seharian.Walaubagaimanapun wanita mengandung yang menghidapi Hipertensi dilarang sama sekali menggunakannya.

Herbs medicine (Perubatan Herba) ini melalui proses ujian yang rumit dan terbukti berkesan dan diiktiraf serta diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).

1)Anda boleh melihat testimoni pengguna dengan klik disini.TESTIMONI

2)Cara penggunaan / pengambilan klik sini: CARA GUNA

3)Khasiat lain berkaitan Formula Primaherbs Haritaki Plus klik sini: FORMULA1 FORMULA2

Puluhan ribu pengguna dari seluruh dunia telah menggunakan Primaherbs Haritaki Plus.Mereka sangat berpuas hati dan ternyata sangat berkesan.Lebih menarik formula ini 100% natural,tiada bahan kimia,tiada steroid,tiada kesan sampingan malah pengguna mendapat nilai tambah yang luar biasa selain merawat masalah / penyakit utama mereka.

Primaherbs Ternyata Bukan Sekadar Herba.